Sunday, 2 August 2015

15 Tanda Rumahtangga Mulai Retak

Hari ni, meh kita tengok 15 Tanda-tanda Keretakan Hubungan. Kiranya keretakan hubungan antara pasangan ni dah seperti retak menanti belah. Hati-hati jika hubungan anda sudah menunjukkan tanda-tanda ini;



1. Telefon masing-masing menjadi asing sampaikan anda tak tahu pasangan ada nombor telefon yang lain. Terdapat sms yang bernada mesra di dalam inbox telefon pasangan anda. Atau, inbox dan sent items sentiasa kosong walaupun memory card tidak full. Malahan pasangan juga akan memarahi sekiranya anda meneliti telefon bimbit mereka.

2. Pasangan terlalu asyik dengan laman sosial seperti Facebook, group Whatsapp dan lain-lain lagi. Kekerapan pasangan dengan laman sosial melebihi jumlah kebersamaan anda dengan mereka.

3. Kurangnya komunikasi dua hala dengan pasangan. Kadang-kadang sehingga membawa kepada keengganan untuk berbicara antara satu sama yang lain. Banyak berahsia.

4. Tiada lagi ungkapan kasih sayang atau panggilan mesra seperti sebelum ini. Pasangan juga semakin acuh tak acuh kepada anda. Hubungan intim semakin berkurangan, sebulan mungkin dua, tiga kali.

5. Lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan atau kerja berbanding dengan pasangan. Sikapnya di rumah juga semakin dingin dan kurang mesra. Mahukan kebebasan sendiri.

6. Suka memarahi, memburuk-burukkan dan menjatuhkan air muka pasangan di hadapan orang lain terutamanya pihak keluarga. Pasangan juga tidak mahu mengalah sekiranya berlaku persengketaan. Tiada segan silu menceritakan keburukan pasangan kepada orang luar.

7. Gagal menjadi seorang pendengar yang baik! Percaya atau tidak hubungan yang mesra sebenarnya bermula daripada komunikasi yang berkesan di antara kedua-dua belah pihak. Apabila tidak ada pihak yang mahu menjadi pendengar ketika perbincangan, maka di situlah timbulnya bibit-bibit keretakan rumahtangga.

8. Semakin melupai tarikh istimewa seperti hari ulang tahun perkahwinan, perkenalan dan hari jadi pasangan. Tambah teruk, pasangan juga semakin berat tulang menghadiah dan memberikan penghargaan kepada kamu.

9. Jarang atau mungkin tidak pernah memberitahu alasan pergi ke mana-mana, mengapa pulang lewat dari pejabat dan sering keluar ‘outstation’. Perasan dia mulai suka lepak hingga lewat malam dengan kawan-kawan? 

10. Pertengkaran sering terjadi meski pun ianya cuma disebabkan oleh masalah yang kecil. Ada sahaja kesilapan yang cuba diselongkar oleh pasangan untuk mencetuskan api pergaduhan sehinggakan kedua-dua belah pihak merasa lebih baik ketika tidak bersama. 

11. Mula merasa lebih senang dengan orang lain. Lebih gemar mengadu masalah dengan orang lain daripada pasangan. Sejujurnya apabila anda merasa lebih tenang bersama orang lain berbanding pasangan, ini bererti rumahtangga anda benar-benar semakin retak.

12.  Anda mula mengungkit-ungkit keburukan pasangan. Pasangan tak jaga badan, pasangan tak pandai masak, pasangan mengabaikan, sebenarnya kamu mencari alasan untuk mencari yang lain.

13. Tidak selesa untuk keluar bersama. Jika ingin keluar bersama, cuba mencari tempat-tempat yang tak ramai orang, rahsia dan tersorok. Lebih suka main sms atau telefon daripada berbual bersama. Mahu pulang ke rumah dengan segera.



14. Mula berkeras dengan pasangan, Naik tangan dan maki hamun. Malahan rumahtangga akan semakin retak sekiranya kalian berdua saling melontarkan bahasa yang kasar dan menyakitkan.

15. Dulu sejam berpisah dah rindu, kini asyik panas bila bersama.Sampai tidak boleh tengok muka masing-masing rasa nak marah. Lebih selesa tidur bersendirian atau mengelak daripada berjumpa. Rasa sakit hati kalau tengok wajah pasangan. Sudah tidak mahu berusaha lagi untuk baikkan hubungan. Rasakan lebih baik berpisah dari hidup bersama.

Lelaki hadapi perasaan marah dengan masuk ke "dunianya" sendiri dan tidak hiraukan orang lain manakala perempuan bila berasa marah akan lega dengan berkomunikasi masalahnya. Jika masing-masing tidak berdepan dengan masalah yang membelenggu rumahtangga, lambat laun ia akan bernanah dan membusuk sehingga menghancurkan rumahtangga itu sendiri.

Bila itu berlaku, sudah terlambat untuk "baiki" masjid yang dah runtuh..

P/S : Hadiahkan tersayang set couple untuk menghangatkan kembali hubungan anda..

Lihat testimoni yang dah bahagia --> Sweet couple Klik CTM.

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK (Gombak MCA) sangat ingin menghina Sami Buddha dan menjatuhkan imej Buddha kerana sentiasa menghina kuil Buddha (SAMNAK SAMBODHI), menghalau Sami Buddha dan menggunakan polis di Taman Desa Jaya, Kepong

    Juga YIP KUM FOOK menipu wang Sami Buddha Myanmar (Ven. U Nandiya) kira-kira RM20, 000.00 pada tahun 2000, kini ramai yang beriman mengetahuinya tetapi dia tidak pernah memalukan orang di Malaysia, juga tidak pernah memalukan kepada Buddhis di Malaysia

    YIP KUM FOOK membakar Kuil Hindu di Taman Daya, Kepong, kerana dia mahu tempat itu menjadi kedai perabot, juga masa itu dia ketua MCA di sana, ya semuanya ada sejarah

    Politik sebegini, kita perlu buang dia dari masyarakat manusia macam ini, politik seperti YIP KUM FOOK, rakyat akan mati pada masa hadapan, sekarang ramai orang kata, dia seorang terkaya di Kepong, dia ada lebih 10 bangunan dan juga banyak wang

    Kongsi oleh Wei, Selayang

    ReplyDelete